bintang2

Selasa, 18 September 2012

kkp

Boneka 2. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selepas bertungkus-lumus, akhirnye, siap gak.
Tinggal nak bentang minggu depan..
Takutnya, terus-terang  cuma tolong sikit-sikit. Teruk pula rasa diri ini.
tak tahulah apa yang akan terjadi nanti. ahaha.. tunggu je la..huhu.

Inilah boneka yang telah siap..ada lagi, tak ambil gambar semua pun. 







Serigala





Biri-biri yang lembik.


Bunga-bunga yang comel.




Pencerita







Kit penyimpanan boneka-boneka kami.







Babak 1.
Pencerita: Pada zaman dahulu ada seorang pengembala biri-biri. Setiap hari  dia  
                  akan menjaga biri-biri di tepi bukit..
Tirai di buka. Tepuk tangan.
Pengembala :  Saya gembala biri-biri,
                        semua dijaga rapi-rapi.
                        sudah dibawa makan mari,
                        boleh berehat senang hati.
Bunga-bunga menari-nari di belakang. Biri-biri keluar, berlari-lari diatas bukit.
Biri-biri : mbek…mbek…mbek…
                  Kami biri-biri si Jarjit, hari-hari makan rumput je.
                  Berjalan bersama atas bukit, nikmati indahnya dunia.
Biri-biri gemuk:  saya kambing yang paling sihat.               
Biri-biri kurus:dia kata saya si lembek..
Biri-biri sederhana: saya kambing paling cantik.(saya suka, saya suka).

Semua bernyanyi kecuali pengembala : mari, mari, dengar cerita kami, kisah pengembala dan biri-biri.

Babak 2.
Pencerita: pengembala menjaga setiap hari. Lama-kelamaan, dia mula bosan   
                 dengan kerjanya. Tetapi, pada suatu hari,…
Bunyi kambing mengembek..
Pengembala:   saya tahu, saya tahu, hohoho, marvellous. Marvellous.
Pencerita: dia pun menjerit.
Pengembala: tolong! tolong!  Ada serigala di sini.
                       tolong! tolong!  Selamatkan biri-biri.
Orang kampung: serigala? Serigala?
Bunga-bunga:    Mana?mana?
Orang kampung: mari kita tolong.
Pengembala: (Tergelak kerana orang mempercayai kata-kata dia)hahahaha.
Orang kampung: mana serigala?
Pengembala: ahahahaha.
Orang kampung: kenapa kamu ketawa?
Pengembala:ahahahah, biri-biri ada, serigala tak ada.
Orang kampung: hah, tak ada!
Pengembala: hehehe. Janganlah marah, main-main pun tak boleh ke?
Orang kampung: huh!
Pencerita: pengembala itu langsung tidak berasa insaf dengan perbuatannya.
Pengembala:ahahahahaha. Seronok juga! Panggil sekali lagi, tak apakan.
                                              tolong!
Bunga-bunga:  jangan!
Pengembala: tolong!
Bunga-bunga:  jangan!
Pengembala: Ada serigala di sini! tolong saya! Tolong!
Orang kampung:  Serigala? Serigala? Mana? mana? Mari kita tolong.
Pengembala. Hahahahahax3
Orang kampung: Ooo. Kamu tipu lagi?
Pengembala: Saya main-main sahaja.ahahahahaha
Orang kampung:  Wahai pengembala, kalau kamu panggil, kami tak percaya lagi.
Orang kampung: betul, betul, betul. Tipu!
Pengembala: ahahahaha, sakit perut saya. Baiklah, baiklah, saya tak buat lagi.
Pencerita: Penduduk pulang dengan perasaan marah. Tiba-tiba....
Babak 3.
Nyanyi lagi.
Serigala: aum..aum..aum...
Pengembala: pengembala ketakutan.(bunyi takut)
Serigala: akulah serigala yang lapar,
                Aku mahu biri-biri.
Biri-biri cantik: aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrr..(menjerit)
Serigala: nyam... nyam.. nyam...
               Aum..aum..hahahahah
Biri-biri pun lari bertempiaran.
Pengembala: Tolong! Tolong!
                       Ada serigala di sini.
                       Tolong ! Tolong!
                        Habis biri-biri saya!
Orang kampung: Serigala? Serigala?
                            Kami tak percaya lagi,
                            Dia selalu mainkan kami,
                            Biarkanlah dia, kita sambung kerja kita,
                            Jom.    
Serigala: ngaum..ngaum..., ahahahaha, gemuknya biri-biri ini, kenyanglah 
               aku,hahahahaha.
Pengembala: Tolong! Tolong!
Serigala: aum...aum...aum..
Serigala cantik: saya tak mahu kena makan.
Serigala: mana engkau nak lari?
Orang kampung: kenapa dengan kamu wahai pengembala?
Pengembala: biri-biri saya dah hilang,
                    Habis dimakan serigala,
                    Kamu semualah, tak ada datang.
                     Tinggal saya seorang saja.
Orang kampung: Itulah orang sudah kata,
                             Jangan biar semua perdaya,
                             Nanti orang tak percaya,
                             Bila terkena,
                             padan muka.
Pengembala: huhuhuhu..  Maafkan saya,
                       Saya menyesal..huhuhuhu
Orang kampung: kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu.
                            Kalau kita bercakap benar sekalipun, 
                            orang dah tak percaya.

                            Betul!betul!betul!
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini. "Sweet Muslimah"'






Ahad, 12 Ogos 2012

rindu

rindu awak!!!!!

orang kata kalau kita rindu seseorang, kita pejam mata kita..
kita akan bayangkan dia..
selalu sebut nama dia,
selalu puji dia,
kita akan selalu teringat kat dia,

hurmmm.. bila kita nak rindu Allah...




sepatah perkataan yang baik itu menjadi sedekah...

first time buat blog... tak tahu nak isi apa....  

terima kasih membaca.^_^