Boneka 2.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selepas bertungkus-lumus, akhirnye, siap gak.
Tinggal nak bentang minggu depan..
Takutnya, terus-terang cuma tolong sikit-sikit. Teruk pula rasa diri ini.
tak tahulah apa yang akan terjadi nanti. ahaha.. tunggu je la..huhu.
Inilah boneka yang telah siap..ada lagi, tak ambil gambar semua pun.
Serigala
Biri-biri yang lembik.
Bunga-bunga yang comel.
Pencerita
Kit penyimpanan boneka-boneka kami.
Babak 1.
Pencerita: Pada zaman dahulu ada seorang pengembala
biri-biri. Setiap hari dia
akan menjaga biri-biri di
tepi bukit..
Tirai di buka. Tepuk tangan.
Pengembala : Saya gembala biri-biri,
semua dijaga rapi-rapi.
sudah dibawa makan
mari,
boleh berehat senang
hati.
Bunga-bunga menari-nari di belakang. Biri-biri
keluar, berlari-lari diatas bukit.
Biri-biri : mbek…mbek…mbek…
Kami biri-biri si Jarjit,
hari-hari makan rumput je.
Berjalan bersama atas bukit,
nikmati indahnya dunia.
Biri-biri gemuk: saya kambing yang paling sihat.
Biri-biri kurus:dia kata saya si lembek..
Biri-biri sederhana: saya kambing paling
cantik.(saya suka, saya suka).
Semua bernyanyi kecuali pengembala :
mari, mari, dengar cerita kami, kisah pengembala dan biri-biri.
Babak 2.
Pencerita: pengembala menjaga setiap
hari. Lama-kelamaan, dia mula bosan
dengan kerjanya. Tetapi, pada
suatu hari,…
Bunyi kambing mengembek..
Pengembala: saya tahu, saya tahu, hohoho, marvellous.
Marvellous.
Pencerita: dia pun menjerit.
Pengembala: tolong! tolong! Ada serigala di sini.
tolong! tolong! Selamatkan biri-biri.
Orang kampung: serigala? Serigala?
Bunga-bunga: Mana?mana?
Orang kampung: mari kita tolong.
Pengembala: (Tergelak kerana orang
mempercayai kata-kata dia)hahahaha.
Orang kampung: mana serigala?
Pengembala: ahahahaha.
Orang kampung: kenapa kamu ketawa?
Pengembala:ahahahah, biri-biri ada,
serigala tak ada.
Orang kampung: hah, tak ada!
Pengembala: hehehe. Janganlah marah,
main-main pun tak boleh ke?
Orang kampung: huh!
Pencerita: pengembala itu langsung tidak
berasa insaf dengan perbuatannya.
Pengembala:ahahahahaha. Seronok juga! Panggil
sekali lagi, tak apakan.
tolong!
Bunga-bunga: jangan!
Pengembala: tolong!
Bunga-bunga: jangan!
Pengembala: Ada serigala di sini! tolong
saya! Tolong!
Orang kampung: Serigala? Serigala? Mana? mana? Mari kita
tolong.
Pengembala. Hahahahahax3
Orang kampung: Ooo. Kamu tipu lagi?
Pengembala: Saya main-main sahaja.ahahahahaha
Orang kampung: Wahai pengembala, kalau kamu panggil, kami tak
percaya lagi.
Orang kampung: betul, betul, betul. Tipu!
Pengembala: ahahahaha, sakit perut saya.
Baiklah, baiklah, saya tak buat lagi.
Pencerita: Penduduk pulang dengan
perasaan marah. Tiba-tiba....
Babak 3.
Nyanyi lagi.
Serigala: aum..aum..aum...
Pengembala: pengembala ketakutan.(bunyi
takut)
Serigala: akulah serigala yang lapar,
Aku mahu biri-biri.
Biri-biri cantik:
aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrr..(menjerit)
Serigala: nyam... nyam.. nyam...
Aum..aum..hahahahah
Biri-biri pun lari bertempiaran.
Pengembala: Tolong! Tolong!
Ada serigala di sini.
Tolong ! Tolong!
Habis biri-biri saya!
Orang kampung: Serigala? Serigala?
Kami tak percaya lagi,
Dia selalu mainkan
kami,
Biarkanlah dia,
kita sambung kerja kita,
Jom.
Serigala: ngaum..ngaum..., ahahahaha,
gemuknya biri-biri ini, kenyanglah
aku,hahahahaha.
Pengembala: Tolong! Tolong!
Serigala: aum...aum...aum..
Serigala cantik: saya tak mahu kena
makan.
Serigala: mana engkau nak lari?
Orang kampung: kenapa dengan kamu wahai
pengembala?
Pengembala: biri-biri saya dah hilang,
Habis dimakan serigala,
Kamu semualah, tak ada
datang.
Tinggal saya seorang saja.
Orang kampung: Itulah orang sudah kata,
Jangan biar semua
perdaya,
Nanti orang tak
percaya,
Bila terkena,
padan muka.
Pengembala: huhuhuhu.. Maafkan saya,
Saya menyesal..huhuhuhu
Orang kampung: kawan-kawan, jangan
sesekali kita menipu.
Kalau kita bercakap
benar sekalipun,
orang dah tak
percaya.
Betul!betul!betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan