bintang2

Isnin, 25 Julai 2016

CARA PELAKSANAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TELAH DIHASILKAN 4


LITERASI BAHASA / WAJ 3104
AKTIVITI PRATULISAN (MELAKSANAKAN AKTIVITI MEMBENTUK HURUF)



TEMA                     :   
MEMBENTUK HURUF
TAJUK                   :
“PAPAN AJAIB”
AHLI KUMPULAN :
1.            Muhammad Faiz Bin Alias
2.            Edzlyn Laduni.
3.            Haslina binti Jusoh.
4.            Nor Shahida binti Saroni.
5.            Noor Azureen binti Talip.

OBJEKTIF              :
1.            Murid dapat membuat persamaan antara bentuk objek dengan huruf yang hendak dipadankan.
2.            Murid dapat membentuk huruf dengan cara yang betul.

AKTIVITI                  :
1.            Menulis huruf di udara dan menulis di belakang badan rakan.
2.            Menulis huruf berdasarkan rangsangan gambar.
3.            Membentuk huruf menggunakan plastisin tanpa toksin.
PELAKSANAAN AKTIVITI                  :
1.            Guru membimbing murid-murid menulis huruf menggunakan jari di udara dan di belakang badan rakan. Aktiviti ini dijalankan secara kumpulan yang besar dan secara berpasangan.
BAHAN BANTU MENGAJAR 1 :
2.            Seterusnya, guru memperkenalkan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah dibina . BBM tersebut digunakan secara individu.
3.            Guru akan mendemonstrasikan  cara penggunaan BBM tersebut.
4.            Mula-mula masukkan gambar ke dalam poket gambar.
5.             Kemudian, panggil wakil pelajar untuk menulis huruf yang bersesuaian dengan gambar diatasnya. Contohnya berbentuk bulan sabit berbentuk huruf C.
 


                      Papan Ajaib Guru (individu)

6.            BBM ini amat mudah digunakan kerana hanya mempunyai 2 lajur yang menunjukkan gambar (bahan ransangan) dan ruang menulis huruf)
BAHAN BANTU MENGAJAR 2 :
7.            Aktiviti seterusnya, dijalankan dalam kumpulan  kecil. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan BBM yang kedua.(BBM aktiviti)

8.            Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
9.            Setiap kumpulan akan diberikan satu kotak plastisin tanpa toksin dan juga satu alat BBM.
10.        Guru akan memberikan arahan; setiap kumpulan dikehendaki membentuk huruf dengan menggunakan plastisin tanpa toksin yang telah disediakan bersebelahan dengan huruf yang dipaparkan pada “Papan Ajaib”. Ruang meletak plastisin juga telah disediakan.
 
Papan Ajaib Kumpulan Kecil

 
11.         Masa yang diberikan untuk membentuk huruf tersebut ialah 10 minit.
12.         Setiap kumpulan tersebut akan diadili, kumpulan yang berjaya membentuk huruf dengan betul dan terbanyak akan dikira sebagai pemenang.




CARA PELAKSANAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TELAH DIHASILKAN 3


LITERASI BAHASA / WAJ 3104
LATIHAN MENYEBUT SUKU KATA DAN MEMBENTUK PERKATAAN MENGGUNAKAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


TEMA                     :   
PERKATAAN DUA SUKU KATA (KV+KV)
TAJUK                   :
“JENDELA AJAIB”

AHLI KUMPULAN :
1)    Muhammad Faiz Bin Alias
2)    Edzlyn Laduni.
3)    Haslina Binti Jusoh.
4)    Nor Shahida Binti Saroni.
5)    Noor Azureen Binti Talip.

OBJEKTIF              :
1)    Murid dapat menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilihat menggunakan kaedah pandang dan sebut
2)    Murid dapat menyebut satu persatu suku kata (KV+KV) untuk membentuk perkataan bertepatan dengan gambar yang dilihat

AKTIVITI                  :
1)    Menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilihat dengan kaedah pandang dan sebut
2)    Menyebut kedua-dua suku kata (KV+KV) bagi membentuk satu perkataan berdasarkan gambar yang dilihat

PELAKSANAAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR(ABM)  :    
1)    Kesemua gambar, suku kata dan perkataan dibuat dalam bentuk kad-kad berwarna-warni dan telah disediakan poket yang berlabel “GAMBAR”, “SUKU KATA PERTAMA”, “SUKU KATA KEDUA” dan “PERKATAAN” bagi tiap-tiap pusingan penggunaannya
2)    Pertama, murid akan memilih salah satu kad gambar dan memasukkan gambar tersebut ke dalam poket berlabel “GAMBAR”.
3)    Kemudian, semua murid akan menyebut nama bagi gambar tersebut menggunakan kaedah pandang dan sebut.
4)    Guru akan menutup salah satu bahagian jendela untuk menunjukkan suku kata pertama (KV) bagi gambar tersebut.
5)    Selepas murid menyebut suku kata pertama, guru akan menutup sebelah lagi bahagian “Jendela Ajaib” bagi menunjukkan suku kata (KV) yang kedua.
6)    Murid akan menyebut suku kata kedua dengan kaedah pandang dan sebut .
7)    Akhir sekali, guru akan membuka semula “Jendela Ajaib” dan menunjukkan perkataan lengkap iaitu gabungan kedua-dua suku kata (KV+KV).
8)    Langkah-langkah di atas diulang-ulang mengikut kekreativiti guru mengelola kelas sama ada berpusat guru atau berpusat kepada murid.
9)    AKtiviti sampingan adalah, dalam bentuk berkumpulan iaitu “Aktiviti Membina Perkataan KV+KV menggunakan kad-kad suku kata yang diberikan kepada setiap kumpulan bagi membentuk perkataan-perkataan yang berseuaian.


MODEL ALAT BANTU BELAJAR  :
 



Merupakan sisi hadapan bagi alat bantu mengajar ini
 
 












Kandungan dalam alat bantu mengajar



 


Sesi memadankan gambar yang sama


CARA PELAKSANAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TELAH DIHASILKAN 2

LITERASI BAHASA / WAJ 3104

AKTIVITI SUSULAN (MEMADANKAN HURUF KECIL DENGAN HURUF BESAR, MENYESUAIKAN NAMA HURUF DENGAN HURUF, MEMADANKAN NAMA HURUF DENGAN BUNYI HURUF)




TEMA                     :   
HURUF KECIL DAN HURUF BESAR
TAJUK                   :
“BEG AJAIB”
AHLI KUMPULAN :
1.            Muhammad Faiz Bin Alias
2.            Edzlyn Laduni.
3.            Haslina binti Jusoh.
4.            Nor Shahida binti Saroni.
5.            Noor Azureen binti Talip.

OBJEKTIF              :
1.            Murid dapat memadankan huruf kecil dengan huruf besar.
2.            Murid dapat menyesuaikan nama huruf dengan huruf
3.            Murid dapat memadankan nama huruf dengan bunyi huruf.
AKTIVITI                  :
1.            Mencari pasangan bagi huruf kecil dan huruf besar
2.            Memadankan nama huruf dengan kad huruf yang diplih
3.            Membunyikan kad huruf yang dipilih.



PELAKSANAAN AKTIVITI        
.        
          :
1.            Semua murid keluar ke hadapan kelas untuk memilih kad huruf yang disediakan sambil dibimbing oleh guru. Kemudian, setiap murid diberi masa selama 10 saat untuk mencari pasangan huruf bagi kad huruf yang telah dipilih (huruf kecil dan huruf besar).
2.            Seterusnya, setiap pasangan perlu mengangkat kad huruf yang telah dipasangkan sambil menyebut nama huruf tersebut.
3.            Langkah ketiga, selepas semua pasangan telah menyebut nama huruf masing-masing, mereka perlu menyebut bunyi huruf yang dipilih.

Kad Huruf (Kumpulan Besar dan Berpasangan)

 4.            Ketiga-tiga langkah tadi, dijalankan secara dalam 1 bulatan murid. Aktiviti ini dijalankan secara kumpulan yang besar dan secara berpasangan.


BAHAN BANTU MENGAJAR 1 :
5.                Seterusnya, guru memperkenalkan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah dibina . BBM tersebut digunakan secara individu.
6.            Guru akan mendemonstrasikan  cara penggunaan BBM tersebut.
7.            Mula-mula pilih 1 kad huruf yang disediakan. Kemudian, murid perlu memadankan kad huruf besar tersebut dengan huruf kecil yang telah sedia ditampal dalam Beg Ajaib. Murid akan memadankan kedua-dua huruf tersebut menggunakan klip kertas yang disediakan dengan kaedah menggantungkan kad huruf tersebut pada tali.



Sisi luar





  
Beg Ajaib (individu)

                     

8.            Langkah di atas diulang untuk memenuhkan kesemua padanan huruf kecil dan huruf besar. Selepas huruf telah dipadankan, murid akan menyebut nama huruf sekaligus membunyikan huruf tersebut.  



BAHAN BANTU MENGAJAR 2 :
9.            Aktiviti seterusnya, dijalankan dalam kumpulan  kecil. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan BBM yang kedua.(BBM aktiviti)
10.         Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
11.         Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul kad huruf beserta dengan sebuah “Papan Ajaib”.
12.     Guru akan memberikan arahan; setiap kumpulan dikehendaki memadankan kad huruf bersebelahan dengan huruf yang dipaparkan pada “Papan Ajaib”. Ruang meletak kad huruf juga telah disediakan.




Papan Ajaib Kumpulan Kecil

 13.         Kumpulan yang paling cepat menyiapkan padanan huruf adalah dikira sebagi kumpulan pemenang.

CARA PERLAKSANAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TELAH DIHASILKAN.


LITERASI BAHASA / WAJ 3104
AKTIVITI PRABACAAN (PENGAMATAN PENGLIHATAN & PENDENGARAN)

PISMP SEMESTER 2




TEMA                     :     HAIWAN DAN BUNYINYA
TAJUK                   : “MANA KEMBAR SAYA?”


AHLI KUMPULAN :  1. Muhammad Faiz Bin Alias
                                         2. Edzlyn Laduni.
                                         3. Haslina Binti Jusoh.
                                         4. Nor Shahida Binti Saroni.
                                         5. Noor Azureen Binti Talip.

OBJEKTIF              :  1. Menguji daya pengamatan penglihatan murid-murid
                                         2. Menguji keupayaan murid mendiskriminasikan gambar dan bunyi yang                                                 berbeza
                                         3. Menambah minat murid untuk lebih mengenali jenis dan bunyi haiwan.

AKTIVITI                  :    1. Mendengar lagu haiwan sebagai ransangan
                                         2. Memadankan gambar haiwan yang sama
                                         3. Menyebutkan bunyi haiwan dengan betul

PELAKSANAAN AKTIVITI                  :
1. Guru memasang sebuah lagu mengenai jenis dan bunyi haiwan. Murid-murid diminta untuk mendengar dan melihat video tersebut dengan teliti.
2. Guru meminta murid-murid untuk menyebut semula jenis dan bunyi haiwan yang terdapat dalam video tersebut.
3. Guru memperkenalkan Alat Bantu Mengajar kepada murid-murid .
4. Guru memperkenalkan jenis-jenis dan bunyi –bunyi haiwan yang terdapat di dalam ABM.
5. Kemudian, guru mendemonstrasikan cara-cara bagaimana untuk memadankan gambar haiwan dengan kembarnya.


MODEL ALAT BANTU BELAJAR  :

Merupakan sisi hadapan bagi alat bantu mengajar ini




Kandungan dalam alat bantu mengajar




 Sesi memadankan gambar yang sama